Ambivalence
It's been a week that I've been away from home. Sejak dari Jumaat lagi aku tidak pulang ke rumah. Kawan sekerja menumpangkan aku di rumahnya. Dia faham benar akan masalah yang sedang melanda rumahtanggaku. Kalau aku mahu aku boleh tinggal dengan dia seberapa lama yang aku mahu.Kesian anak-anak aku. Sepanjang minggu hidup mereka terumbang-ambing. Keduanya demam dan batuk. Sesekali bila memikirkan nasib anak-anak aku rasa nekad untuk memboloskan diri dari belenggu rumahtanggaku. Tapi ada seperkara dua yang belum selesai. Aku perlu pastikan kedua urusan ini selesai sebelum aku mengatur langkah keluar dari sini.
Kuatkah aku untuk menunggu?

<< Home