Buntu
I feel like an absolute jerk for taking the kids away from their father. Despite his imperfections he is the father of my children and does give his best to be a responsible father to kakak dan adik. Aku buntu dan keliru. Aku jangka aku akan cukup bersedia menghadapi saat kematian perkahwian yang aku sangka akan kekal sampai ke ajal. Sudah agak lama aku tidak menangis, dalam fikiranku aku berkira sudah boleh menerima segala yang akan datang.Masa makan tengahari semalam aku ke bank menguruskan hal pinjaman rumah kami. Aku tanyakan apa langkah yang harus diambil untuk menarikbalik nama aku dari kontrak pinjaman rumah. Orang bank tu kata buat masa ni aku tak boleh berbuat begitu. Perlu tunggu keputusan muktamat dari hakim yang menceraikan kami. Bank perlu tahu berapa jumlah yang JS perlu bayar kepada anak-anak dan sebagainya sebelum aku boleh menukar nama sepenuh kepada dia. Dan dia kena membuat permohonan meminjam semula. Aku kata aku mungkin akan pulang ke tanah air selepas bercerai, bagaimana nanti kalau rumah kami perlu dijual? Dia kata aku boleh keluarkan nama aku dari title rumah kami. Tapi dia nasihatkan aku jangan berbuat begitu. Takut aku nanti hilang hak langsung. Aku beritahu dia yang aku sememangnya tak mahu rumah tu.
Jadi semalam aku ceritakan dengan JS apa yang pegawai bank tu kata. Dia kata kami akan kehilangan rumah ni. Kalau bank hanya mengambilkira jumlah gajinya sahaja ketika meminjam semula, dia takkan mampu membuat bayaran bulanan. Aku sebenarnya sayang dengan rumah ni. Sudah lama kami di sini. Aku suka dengan kawasan yang kami duduk ni. Tidak terlalu ramai orang, tidak terlalu jauh dari tempat kerja dan dekat dengan tempat membeli-belah. Sekolahpun antara yang terbaik di sini. Semasa rumah ini dibeli, kami merancang menjadikan ianya sebagai nesting egg kami di hari tua nanti. Bila pencen kami akan jual rumah ni untuk tinggal di rumah yang lebih kecil dan mudah untuk dijaga. Manusia hanya merancang…Walaupun aku ingin berpisah aku tidak pulak sampai hati meninggalkan dia dalam keadaan terumbang-ambing lepas ketiadaan aku. Aku cuba pujuk dia untuk mendapatkan kaunseling. Makan ubat anti murung. Out of desperation, aku ajak dia jumpa imam, jumpa pastor, jumpa rabbi sesiapa saja yang aku rasa boleh menenagkan dia. Semuanya ditolak. Dia kata penyakit dia tak ada ubat. Dia sudah hilang harapan untuk sembuh. Untuk hidup. Dia takut selagi dia bersama aku, anak-anak kami membesar dalam suasana yang tidak sihat. Kalau boleh dia ingin mati secepat mungkin tapi apakan daya dia tiada kekuatan untuk mencabut nyawanya sendiri. “It’s better for the kids to be raised by a stable single parent than by two parents, one of whom is very emotionally unstable.” Itu kata–kata dia semalam. Kalau boleh dia ingin nama keluarganya dengan segala penyakit mental mereka berakhir dengan dia (ahli-ahli keluarganya yang lain juga berpenyakit yang sama). Di awal perkahwinan kami dia tidak mahukan anak. Dia pasti penyakitnya akan diwarisi oleh anak-anak kami. Tapi bila lihat aku sunyi di sini tanpa keluarga, dia jadi kasihan dan kami menambah ahli keluarga. Dia sayang dengan anak-anak kami tapi dia juga takut perangai buruk dan kemurungannya meninggalkan kesan emosi kepada anak-anak kami. Sebab itu katanya kalau aku kembali ke tanahair, supaya jangan beritahu langsung pasal dia kepada anak-anak. Anggap dia sudah mati. Bagaimana mungkin? Aku risau. Aku mahu berpisah tapi bukan begini. Lima belas tahun aku kenal dia. Tiga belas tahun dia menjaga aku dengan baik. Sedikit sebanyak kesetiaanku masih ada padanya.
Ya Allah. Ya Rahman. Ya Raheem. Hamba pohon dengan kekuasaanMu dan dengan rahmatMu, mudahkan hal ini bagi hamba, bagi anak-anak hamba dan bagi dia. Dia masih belum menyedarinya Ya Allah. Tapi dia memerlu Engkau dalam hidupnya, Ya Allah. Tunjukkan dia jalan kepadaMu, Ya Allah. Bisikkan di hatinya kalimahMu, Ya Allah. Ya Rahman. Ya Raheem.

<< Home