Suria Yang Hilang
Dia demam teruk sekarang ni. Di masa-masa lepas, dalam keadaan dia sakit begini aku selalunya akan menjaga dia sebaik mungkin. Aku akan picit kepala, masak bubur, tukar cadar tanpa disuruh dan pastikan dia mengambil ubat bila cukup masa. Sekarang ni, entah. Keadaan sudah berubah. Aku simpati kepada dia kerana sakit tapi aku tak pula terasa nak memudahkan hidup dia. Setiap kali aku cuba berbuat sedikit kebaikan kepadanya aku bertanya kepada diri, “Untuk apa?” Lalu aku tak jadi berbuat apapun untuk dia. Kami sudah seperti dua orang asing yang sama-sama berkongsi rumah.Hari Sabtu pagi dia membebel pasal rumput di halaman rumah yang perlu dibuang. Petang tu ketika membawa adik keluar bermain aku ikhtiar membersihkan bekas-bekas potongan rumput walaupun belakang aku masih sakit-sakit. Aku malas mendengar bebelannya. Aku ingat dia akan berterima kasih kerana aku memudahkan sedikit kerjanya. Tapi tidak. Sebaliknya aku ditengking kerana menentang cakap dia. Aku kata lain kali kalau dia tak nak aku melakukan sesuatu tugas jangan membebel sapal kerja tu di depan aku. Jangan berkias-kias pasal tugasan itu dan ini yang perlu disiapkan. Aku jenis yang cepat bertindak. Kalau orang lain berlengah-lengah menyiapkan kerja, aku akan terus buat sendiri. Lepas aku ditengking begitu, aku berkata pada diri sendiri, aku tak akan menawarkan apa-apa tenaga dan kudrat aku untuk menyenangkan dia. Kalau dia nak apa-apa, biar dia minta sendiri.
Malamnya, dia minta makanan yang aku masak sedikit. Aku dah lama tak masak untuk dia kerana takut membazir. Kebelakangan ini makanan yang aku masak tidak sedikitpun dijamah. Lepas tiga empat mangkuk casserole, ayam, daging dsbnya terbuang aku berhenti memasak untuk dia. Aku cuma masak untuk aku dan anak-anak. Tapi semalam dan malam sebelumnya dia minta sedikit apa yang aku masak.Pagi ini dia membebel lagi. Menuduh aku yang bukan-bukan. Dia kata dia membuat kesilapan besar bila memilih aku menjadi isteri dia sedangkan ada pilihan lain yang lebih baik dari aku. Setiap pagi dia cuba memburukkan permulaan hari aku dengan tuduhan melulu. Aku sebenarnya sudah terlalu tawar hati untuk meneruskan hidup aku dengan dia. Aku kata sudah dua tahun aku hidup dalam kebimbangan. I am sick of walking on eggshells all these years just to appease him. Dia tidak faham langsung akan perasaan takut aku terhadap dia. Aku kata selama aku takut dengan dia, selama itu aku tak akan bahagia hidup dengan dia. Kengkadang bila seharian dia tiada di rumah, aku rasa seronok sangat. Bila sudah sampai tahap ini, aku rasa lebih baik kami berpisah. Aku hanya membilang hari. Walaupun sebelum ini aku mengatakan kami perlu kaunseling untuk mengubah perangai dan tabiat kami, kengkadang aku rasa kaunseling tak akan membuahkan apa-apa. Dia tidak akan mengaku bersalah memukul aku. He still think I desrved to be beaten for what I did. He never think about what he did that drove me to this point. What an a$$!

<< Home