Thursday, April 07, 2005

Waiting Game

Beberapa hari ini aku jauh dari ofis. Anak-anak tidak sihat. Dua beradik dapat sakit mata. Hari-hari berlalu dengan begitu panjang kerana dia juga mengambil cuti sakit. Bila bercakap aku rasa kekok berhadapan dengan dia. Aku tiada perasaan benci kepadanya, cuma indifferent. Entah. Aku seperti sudah tiada langsung apa-apa perasaan terhadap dia. Makanan yang dihidangkan kepada diapun kerana sudah terbiasa. Habit dies hard. Beberapa kali kami cuba bercakap tapi berakhir dengan keberangan dia. Aku tidak mahu merangsang perasaan marahnya. Tapi entahlah. Apa yang aku perkatakan adalah kenyataan-kenyataan yang dia tidak mahu dengar atau tidak mahu terima. Memang begitu sikap dia. Mahukan cara dia sahaja. Dia sahaja yang betul. Aku bosan berbincang dengannya. Katanya kurangnya komunikasi antara aku dengan dia adalah penyebab utama keretakan rumahtangga kami. Itu memang aku akui. Aku sememangnya jenis yang kurang bercakap. Bagi pihak aku pula, aku merasakan keegoannya dan sikap panas barannya menjadi punca utama ketegangan rumahtangga kami. Bila aku cuba perbualan kami ke arah penyakit panas baran dan kemurungan dia, dia menukar arah seolah aku yang menjadi punca dia panas baran. Katanya aku bersikap seolah aku mahukan perceraian. Aku diam sahaja. Tidak menafikan. Tidak pulak mengiyakan. Biar dia sendiri cuba mentelaah fikiranku.

Minggu ini tuntutan perceraian lain pula bunyinya. Kali ini katanya jika mahukan perkongsian hidup kami berterusan aku perlu lebih berkomunikasi dengan dia, aku perlu longgarkan sedikit penghayatan aku terhadap islam, dan aku harus putus hubungan dengan keluarga aku. Apa yang boleh aku kata melainkan, “No deal.” Katanya kenapa beberapa melayu yang berkawin campur di tempat kami tidak mengahalang suami mereka minum di meja makan, tidak menegur suami mereka tidak melakukan solat, tidak pernah puasa. Mengapa aku tidak seperti mereka? “Exactly!” kata aku. “I am not them.” Dalam hati kecil aku boleh terima kalau dia minum arak atau tidak melakukan solat. Di luar sana ramai yang mengaku Islam tapi menonggak arak saban malam minggu, tidak puasa, tak pernah melakukan solat. Bagi aku, selepas aku mengajarkan tuntutan Islam terhadap dia, tanggungjawab aku sudah lepas. Samada dia minum atau tidak, solat atau tidak, puasa atau tidak adalah urusan dia dengan Allah. Tapi bila memperkecilkan ugama aku, memperkecilkan penghulu ugamaku, memperkecilkan kitab suci aku. Itu aku tak boleh terima. Bila aku sampai rasa tergugat untuk bersolat di dalam rumah sendiri aku rasa ruang untuk kami sebagai suami isteri sudah tidak ada lagi. Retak cuma menanti belah. Tiada rahmat dan berkat Allah dalam penyatuan ini. Aku tidak boleh teruskan tanpa redha Dia. Pada tanggapan dia, aku ini terlampau fanatik terhadap ugama. Aku kata, sebelum aku kenal dia aku sudah bersolat 5 kali sehari. Masa berkawan dengan dia, dia sudah tahu aku solat lima kali sehari, aku puasa sebulan. Aku tidak minum. Siapa aku sebelum dan selepas kami kawin tidak banyak beza. Sebelum berkawin aku juga memberi amaran kepada dia erti dia menjadi seorang muslim. Aku tidak berharap setinggi gunung yang dia akan menjadi muslim contoh sehari semalam. Aku berikan dia peluang belajar sedikit-sedikit. Keluarga aku walaupun tidak senang hati bila tiap kali kami ajak berjemaah ada saja alasan yang diberi, tidak memaksa. Kami berpendapat, sampai masanya Allah akan memberikan hidayah kepada dia, jangan dipaksa. Tapi dari mahu belajar sedikit-sedikit dia sehingga tidak mahu belajar langsung. Sehingga menafikan keislamannya. Dimulut. Di hati aku tidak tahu. Apa lagi ikhtiar aku. Tiap kali sujud aku berdoa dibukakan pintu hatinya untuk menilai indahnya islam. Mungkin belum masanya. Mungkin bukan dengan aku. Mungkin di sana ada guru yang lebih baik untuk membimbing dia ke jalan Allah. Mungkin dia perlu berada di tahap paling bawah sebelum dia boleh naik semula ke atas.

Hari Isnin aku sempat bercakap dengan adik aku di Malaysia. Cerita perkembangan aku di sini. Aku minta dia dan suami tolong gerakkan kes aku di mahkamah syariah. Mereka akan usahakan. Aku ceritakan pada adik aku yang kami di sini telahpun memulakan proses perceraian. Aku sebenarnya tidak tahu menahu-sangat berkenaan proses perceraian di sini. Masuk ofis hari ini aku cuba cari di laman web berkenaan perceraian. Aku takut kalau-kalau hak-hak aku dinafikan dalam proses di sini. Dalam petisyen perceraian yang difailkan 3–4 minggu lepas, anak-anak dilepaskan kepada aku. Mengikut keterangan yang aku dapat di http://www.divorcefind.com/, aku tak perlu ada di sini untuk menerima petisyen perceraian berkenaan. Dalam masa yang sama aku tak berani pula untuk terus meninggalkan daerah ini. Takut aku jadi criminal pulak. Adik pula menasihatkan aku supaya bertenang dulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Keluarga aku tidak putus-putus mendoakan keselamatan aku. Sebelum ini ibu tidak tahu masalah aku. Minggu lepas dia tahu sedikit. Kemudian adik menceritakan segalanya kepada ibu. Kata kakak aku ibu perlu tahu sebab doa ibu untuk anaknya lebih mudah diperkenankan Allah. Kakak dan abang pula tidak putus mendoakan penyelesaian yang terbaik untuk aku, anak-anak dan JS di depan kaabah. Aku bersyukur aku punya keluarga yang sangat prihatin terhadap aku walaupun kami berjauhan.

Apa-apapun aku akan cuba menggunakan mahkamah syariah. Kalau ms lambat, aku terpaksa melalui proses di sini. Tapi aku katakan pada adik aku, entah sehari dua lagi, entah sebulan lagi, kes kami akan dipanggil di sini. Jika JS cuba memprotes hak aku menjaga anak-anak aku, aku akan balik ke tanahair di hari yang sama. Aku tak boleh betunggu-tunggu lagi. Aku dalam proses membeli tiket pergi/balik terbuka untuk aku dan anak-anak. Aku bukannya berduit sangat sekarang, tapi demi hari depan, biarlah aku terpaksa berhutang. Tiket pergi balik bukannya murah. Mahu siap $2K untuk kami bertiga. Walaupun mahal, aku rasa perlu membeli tiket pergi balik supaya tiada syak wasangka bila cuba keluar dari sini kelak. Aku takut naik bendera merah bila pegawai jabatan imigresen dapati aku dan anak-anak hanya membeli tiket sehala. Benda-benda sebegini yang aku kena fikir. Kena cari laluan paling mudah untuk aku keluar dari sini. Aku takut dalam dunia serba canggih ini, maklumat aku melarikan anak-anak aku cepat tersebar. Takut aku kehilangan kakak dan adik. Satu sinario yang aku tak sanggup untuk bayangkan. Tapi aku yakin Allah tidak akan menyisihkan aku dari rahmat dan rahimNya. InsyaAllah seperti kata seorang pelawat, pahit akan datang manis. Every cloud has a silver lining. Aku yakin.