Mendung Kembali
Aku dilanda kesedihan lagi. Semalaman tidur aku terganggu. Aku perlu membuat keputusan dalam sehari dua ini. Menurut kata JS, petisyen perpisahan kami sudahpun diwartakan di akhbar tempatan. Lepas ini dia akan berjumpa hakim untuk urusan selanjutnya. Seorang kenalan menalipon JS bertanyakan khabar, mempastikan berita. JS bertanya lagi keputusan aku. Aku rasa kejam sangat memisahkan kasih sayang bapa dengan anak-anaknya. Dia memaksa aku memilih antara aku meninggalkan bumi US dengan anak-anak aku dan memutuskan terus apa-apa hubungan antara kami atau kami berbaik semula tapi dia tidak mahu anak-anak dibesarkan sebagai muslim. Aku kata kalau boleh aku tidak mahu memisahkan dia dari anak-anak. Aku masih mahu dia menjadi sebahagian dari hidup mereka. Jika ini bermakna aku terpaksa terus tinggal di sini supaya dia dapat berjumpa anak-anak, aku redha. Asalkan hak jagaan penuh anak-anak di tanganku. Dan aku juga mahu anak-anak aku dibenarkan pulang ke tanahair berjumpa saudara-maraku tiap tahun seperti yang biasa kami lakukan. Dia tidak mahu. Tidak mahu melepaskan anak-anak jauh dari dia. Katanya kalau putus, biar putus langsung. Nanti dia tidak mahu dengar cerita kakak jatuh terluka sana, terluka di sini, dia tidak mahu dengar cerita kakak diganggu oleh orang itu dan orang ini. Aku kata, dari aku kecik sampai aku besar tak pernah ada saudara-mara atau jiran aku pernah cuba ‘ganggu’ aku. Anak-anak sedara aku yang perempuan pula dari kecil sampai ke besar diperhatikan kaum keluarga, ditatang bagai puteri-puteri. Tak pernah keluar rumah tanpa bertemankan salah seorang ibubapa atau abang. Dari kalangan kaum keluargaku tak ada yang pernah menggunakan dadah. Dia jangan memandai nak berprasangka yang bukan-bukan. Kalaupun banyak kes-kes sumbang mahram di tanahair, alhamdulillah, kaum keluarga aku baik lelaki atau perempuan faham hukum-hakam ugama.
Pagi ni dadaku rasa tertekan menahan sebak. Kakak agak cranky pagi ni. Tidak mahu langsung bermanja dengan JS. JS jadi kurang sabar dengan perangai kakak yang umurnya baru 3 tahun. Dalam kereta aku bertanyakan JS lagi, kalau aku pulang ke tanahair bagaimana dengan hubungan anak-anak kami dengan ‘grandparents’ mereka? Bolehkah aku terus berhubung dengan mereka? Jawapannya, “Cut all ties.” Dia tidak mahu aku berhubung dengan mertuaku atau adik-beradik dia yang lain. Katanya kalau aku berhubung juga, lambat-laun berita itu akan sampai ke telinganya juga. Dia tak mahu ambil tahu langsung paal aku dan anak-anak lepas kami tiada. Dan lagi, biar aku saja yang membesarkan anak-anak kerana dia tiada kesabaran melayan kerenah kakak dan abang. Aku lega sikit mendengar kata-katanya. Aku tahu dia tahu apa keputusan yang akan aku ambil.
Di pejabat aku sekali lagi menghubungi adik. Dia sudahpun membuat surat minta mahkamah mempercepatkan tarikh bicara kes aku. Ustazah di pejabat agama minta adik nasihatkan aku supaya jangan emosi di saat akhir. Katanya banyak kes macam aku di mana di saat akhir isteri terlalu emosi lantas tidak jadi bercerai kerana tidak sanggup berpisah. Katanya, apa-apapun aku harus meletakkan Allah dan aqidah anak-anak paling di atas. Bila rasa takut atau rasa khuatir, Ustaz MA nasihatkan aku supaya berserah sungguh-sungguh pada Allah. Semalam entah berapa kali aku tersentak dari tidur. Terjaga saja aku menangis. Aku istigfar sebanyak mungkin. Aku merayu sungguh-sungguh minta jalan yang akan aku ambil ini betul. Aku masih tertanya-tanya bagaimana boleh sampai jadi begini? Dalam hati aku masih mengharapkan hidayah untuk sampai kepada nya. Dia masuk islam kerana aku, dan seolah meninggalkan islam kerana aku juga. Itu yang aku sedih sangat.
Aku menangis dalam talipon bila bercakap dengan adik. Dia kata dia faham apa yang aku lalui. Tapi seberat dia memandang, berat lagi aku yang memikul. Tapi katanya ini lah harga sebuah perpisahan. Aku kena bersabar. Dia nasihatkan aku jangan khuatir berkenaan tindakan JS mahu memutuskan hubungan langsung dengan anak-anak. Sekarang dia bercakap dalam keadaan orang yang marah. InsyaAllah, masa depan kita tahu. Mungkin bila perasaan sudah stabil. Mungkin dia akan berfikir kembali betul atau tidak tindakannya. Dia faham aku mahu JS terus menjadi seorang muslim tapi perkara memberi dan mengambil hidayah ini bukan urusan aku. Itu hak Allah. Aku cuma boleh terus berdoa. Ajar anak-anak berdoa supaya Allah bukakan pintu hati bapa mereka untuk kembali. Itu saja.
Waiting Game
Beberapa hari ini aku jauh dari ofis. Anak-anak tidak sihat. Dua beradik dapat sakit mata. Hari-hari berlalu dengan begitu panjang kerana dia juga mengambil cuti sakit. Bila bercakap aku rasa kekok berhadapan dengan dia. Aku tiada perasaan benci kepadanya, cuma indifferent. Entah. Aku seperti sudah tiada langsung apa-apa perasaan terhadap dia. Makanan yang dihidangkan kepada diapun kerana sudah terbiasa. Habit dies hard. Beberapa kali kami cuba bercakap tapi berakhir dengan keberangan dia. Aku tidak mahu merangsang perasaan marahnya. Tapi entahlah. Apa yang aku perkatakan adalah kenyataan-kenyataan yang dia tidak mahu dengar atau tidak mahu terima. Memang begitu sikap dia. Mahukan cara dia sahaja. Dia sahaja yang betul. Aku bosan berbincang dengannya. Katanya kurangnya komunikasi antara aku dengan dia adalah penyebab utama keretakan rumahtangga kami. Itu memang aku akui. Aku sememangnya jenis yang kurang bercakap. Bagi pihak aku pula, aku merasakan keegoannya dan sikap panas barannya menjadi punca utama ketegangan rumahtangga kami. Bila aku cuba perbualan kami ke arah penyakit panas baran dan kemurungan dia, dia menukar arah seolah aku yang menjadi punca dia panas baran. Katanya aku bersikap seolah aku mahukan perceraian. Aku diam sahaja. Tidak menafikan. Tidak pulak mengiyakan. Biar dia sendiri cuba mentelaah fikiranku.
Minggu ini tuntutan perceraian lain pula bunyinya. Kali ini katanya jika mahukan perkongsian hidup kami berterusan aku perlu lebih berkomunikasi dengan dia, aku perlu longgarkan sedikit penghayatan aku terhadap islam, dan aku harus putus hubungan dengan keluarga aku. Apa yang boleh aku kata melainkan, “No deal.” Katanya kenapa beberapa melayu yang berkawin campur di tempat kami tidak mengahalang suami mereka minum di meja makan, tidak menegur suami mereka tidak melakukan solat, tidak pernah puasa. Mengapa aku tidak seperti mereka? “Exactly!” kata aku. “I am not them.” Dalam hati kecil aku boleh terima kalau dia minum arak atau tidak melakukan solat. Di luar sana ramai yang mengaku Islam tapi menonggak arak saban malam minggu, tidak puasa, tak pernah melakukan solat. Bagi aku, selepas aku mengajarkan tuntutan Islam terhadap dia, tanggungjawab aku sudah lepas. Samada dia minum atau tidak, solat atau tidak, puasa atau tidak adalah urusan dia dengan Allah. Tapi bila memperkecilkan ugama aku, memperkecilkan penghulu ugamaku, memperkecilkan kitab suci aku. Itu aku tak boleh terima. Bila aku sampai rasa tergugat untuk bersolat di dalam rumah sendiri aku rasa ruang untuk kami sebagai suami isteri sudah tidak ada lagi. Retak cuma menanti belah. Tiada rahmat dan berkat Allah dalam penyatuan ini. Aku tidak boleh teruskan tanpa redha Dia. Pada tanggapan dia, aku ini terlampau fanatik terhadap ugama. Aku kata, sebelum aku kenal dia aku sudah bersolat 5 kali sehari. Masa berkawan dengan dia, dia sudah tahu aku solat lima kali sehari, aku puasa sebulan. Aku tidak minum. Siapa aku sebelum dan selepas kami kawin tidak banyak beza. Sebelum berkawin aku juga memberi amaran kepada dia erti dia menjadi seorang muslim. Aku tidak berharap setinggi gunung yang dia akan menjadi muslim contoh sehari semalam. Aku berikan dia peluang belajar sedikit-sedikit. Keluarga aku walaupun tidak senang hati bila tiap kali kami ajak berjemaah ada saja alasan yang diberi, tidak memaksa. Kami berpendapat, sampai masanya Allah akan memberikan hidayah kepada dia, jangan dipaksa. Tapi dari mahu belajar sedikit-sedikit dia sehingga tidak mahu belajar langsung. Sehingga menafikan keislamannya. Dimulut. Di hati aku tidak tahu. Apa lagi ikhtiar aku. Tiap kali sujud aku berdoa dibukakan pintu hatinya untuk menilai indahnya islam. Mungkin belum masanya. Mungkin bukan dengan aku. Mungkin di sana ada guru yang lebih baik untuk membimbing dia ke jalan Allah. Mungkin dia perlu berada di tahap paling bawah sebelum dia boleh naik semula ke atas.
Hari Isnin aku sempat bercakap dengan adik aku di Malaysia. Cerita perkembangan aku di sini. Aku minta dia dan suami tolong gerakkan kes aku di mahkamah syariah. Mereka akan usahakan. Aku ceritakan pada adik aku yang kami di sini telahpun memulakan proses perceraian. Aku sebenarnya tidak tahu menahu-sangat berkenaan proses perceraian di sini. Masuk ofis hari ini aku cuba cari di laman web berkenaan perceraian. Aku takut kalau-kalau hak-hak aku dinafikan dalam proses di sini. Dalam petisyen perceraian yang difailkan 3–4 minggu lepas, anak-anak dilepaskan kepada aku. Mengikut keterangan yang aku dapat di
http://www.divorcefind.com/, aku tak perlu ada di sini untuk menerima petisyen perceraian berkenaan. Dalam masa yang sama aku tak berani pula untuk terus meninggalkan daerah ini. Takut aku jadi criminal pulak. Adik pula menasihatkan aku supaya bertenang dulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Keluarga aku tidak putus-putus mendoakan keselamatan aku. Sebelum ini ibu tidak tahu masalah aku. Minggu lepas dia tahu sedikit. Kemudian adik menceritakan segalanya kepada ibu. Kata kakak aku ibu perlu tahu sebab doa ibu untuk anaknya lebih mudah diperkenankan Allah. Kakak dan abang pula tidak putus mendoakan penyelesaian yang terbaik untuk aku, anak-anak dan JS di depan kaabah. Aku bersyukur aku punya keluarga yang sangat prihatin terhadap aku walaupun kami berjauhan.
Apa-apapun aku akan cuba menggunakan mahkamah syariah. Kalau ms lambat, aku terpaksa melalui proses di sini. Tapi aku katakan pada adik aku, entah sehari dua lagi, entah sebulan lagi, kes kami akan dipanggil di sini. Jika JS cuba memprotes hak aku menjaga anak-anak aku, aku akan balik ke tanahair di hari yang sama. Aku tak boleh betunggu-tunggu lagi. Aku dalam proses membeli tiket pergi/balik terbuka untuk aku dan anak-anak. Aku bukannya berduit sangat sekarang, tapi demi hari depan, biarlah aku terpaksa berhutang. Tiket pergi balik bukannya murah. Mahu siap $2K untuk kami bertiga. Walaupun mahal, aku rasa perlu membeli tiket pergi balik supaya tiada syak wasangka bila cuba keluar dari sini kelak. Aku takut naik bendera merah bila pegawai jabatan imigresen dapati aku dan anak-anak hanya membeli tiket sehala. Benda-benda sebegini yang aku kena fikir. Kena cari laluan paling mudah untuk aku keluar dari sini. Aku takut dalam dunia serba canggih ini, maklumat aku melarikan anak-anak aku cepat tersebar. Takut aku kehilangan kakak dan adik. Satu sinario yang aku tak sanggup untuk bayangkan. Tapi aku yakin Allah tidak akan menyisihkan aku dari rahmat dan rahimNya. InsyaAllah seperti kata seorang pelawat, pahit akan datang manis. Every cloud has a silver lining. Aku yakin.
Misi Rahsia
I want to thank you those visitors who have offered kind words and prayers. Anasalwa, thank you. Back during the times when I was a student, I too, was a volunteer at homeless shelter, not as an advocate, just as a kitchen help. Watching those women held homeless by spousal abuse then, I never thought the same would happen to me. Back then I have a lot more self-confidence, I supposed. I am learning to prepare myself for another outburst. Dokumen perjalanan anak-anak dan dia punya juga ada dengan saya. Sijil beranak anak-anak, sijil kawin, sijil masuk islam my husband semua dah I hantar balik msia for safekeeping. Semua dokumen ni perlu ada di msia untuk urusan pengesahan perkahwinan dengan mahkamah syariah dan proses pertukaran kerakyatan anak-anak (kalau terpaksa menukar kerakyatan anak-anak demi keselamatan mereka, saya akan lakukan), anyway.
Salah satu perkara yang paling susah bila berhadapan dengan masalah begini ialah ketika cuba menempelak cara dia berfikir. Aku kena sentiasa selangkah di hadapan dia. Kena cuba outsmart dia sentiasa. Mujur juga dia sekarang berfikiran yang aku ni sudahlah perempuan, datang pulak dari negara dunia ketiga, dari negara mundur, tak reti berfikir, utterly clueless. Kadang-kadang aku biar sengaja biar dia berfikiran begitu. Supaya senang aku berurusan dengan ‘orang-orang’ aku. Ketika masalah ni baru bermula aku sudah tukar nombor cellphone. Yang ni aku kena bayar lebih sikit supaya aku boleh menalipon malaysia bila-bila yang aku suka. Dan mereka boleh menalipon bertanya perkembangan aku bila –bila saja juga. Baru-baru ni dia memberikan aku dua keping check bernilai $2500US. Mula-mula tu aku cuak juga nak terima, tapi sekarang ni, aku dah masukkan check-check tu ke dalam akaun aku. Passport anak-anak memang aku simpan. Yang paling aku takut sekarang ni ialah, kalau-kalau dia teringat yang aku ada menyimpan dokumen-dokumen perjalanan tu dan minta aku serahkan pada dia. Baru-baru ni dia ada menyebut tentang mahukan join custody anak-anak. Dan dia akan halang anak-anak aku dari berjumpa kaum kerabat aku. Itu yang paling aku takut. Kalau dia berjaya menyekat anak-anak aku keluar dari US. Ini lah antara sebab-sebab aku perlu cuba berlakun seperti tiada apa yang berlaku, seperti fikiran aku kosong, seperti aku tak punya apa-apa perancangan.
Dia sekarang tak mahu bercerai. Kalau bercerai, dia tahu yang semua harta sepencarian akan jatuh ke tangan aku (aku tak peduli sangat soal harta ni, selagi ada kudrat, harta boleh dicari), hak penjagaan anak-anak akan diberikan kepada aku, rumah kami juga akan jadi hak aku dan anak-anak. Dia tahu dia yang akan rugi jika kami bercerai. So, harapan dia aku juga tidak mahu bercerai. Aku pulak tidak mahu bercerai bukan kerana masih kasih dengan dia. Aku tidak mahu bercerai di sini kerana aku takut undang-undang sini akan memihak kepada dia bilamana lawatan anak-anak ke luar negara dipersoalkan. Macam cerita filem “Not Without My Children”. Aku juga khuatir kes aku ni nanti jadi macam kes raja baharin. Aku risau semangat aku tidak sekuat raja baharin untuk membawa lari anak–anak aku. Senjata aku sekarang ini ialah bersahaja. Di rumah aku bersoal jawab dengan dia seperti tiada apa yang berlaku. Aku masak, aku kemas rumah, aku jaga anak-anak macam biasa. Lepas guna talipon, aku selalu beringat dial nombor merapu seperti nombor perkhidmatan pelanggan kad kredit supaya bila dia tekan re-dial dan selidik siapa yang aku talipon, dia akan dapat nombor merapu. Lepas guna komputer aku kena delete history dan temp file supaya dia tak tahu di mana aku melayar. Dia tak tahu aku mengendalikan laman web pasal perceraian kami. Aku tak pernah pula update website ni dari komputer di rumah. Memang penat dan kadang-kadang keliru bila kita sentiasa kena selangkah di hadapan dia, tapi bila aku tenung wajah-wajah jernih anak-anak aku, aku sedar apa misi aku. Semua ini aku lakukan untuk mereka. Supaya kami dapat bersama di dunia dan akhirat.
Suria Yang Hilang
Dia demam teruk sekarang ni. Di masa-masa lepas, dalam keadaan dia sakit begini aku selalunya akan menjaga dia sebaik mungkin. Aku akan picit kepala, masak bubur, tukar cadar tanpa disuruh dan pastikan dia mengambil ubat bila cukup masa. Sekarang ni, entah. Keadaan sudah berubah. Aku simpati kepada dia kerana sakit tapi aku tak pula terasa nak memudahkan hidup dia. Setiap kali aku cuba berbuat sedikit kebaikan kepadanya aku bertanya kepada diri, “Untuk apa?” Lalu aku tak jadi berbuat apapun untuk dia. Kami sudah seperti dua orang asing yang sama-sama berkongsi rumah.
Hari Sabtu pagi dia membebel pasal rumput di halaman rumah yang perlu dibuang. Petang tu ketika membawa adik keluar bermain aku ikhtiar membersihkan bekas-bekas potongan rumput walaupun belakang aku masih sakit-sakit. Aku malas mendengar bebelannya. Aku ingat dia akan berterima kasih kerana aku memudahkan sedikit kerjanya. Tapi tidak. Sebaliknya aku ditengking kerana menentang cakap dia. Aku kata lain kali kalau dia tak nak aku melakukan sesuatu tugas jangan membebel sapal kerja tu di depan aku. Jangan berkias-kias pasal tugasan itu dan ini yang perlu disiapkan. Aku jenis yang cepat bertindak. Kalau orang lain berlengah-lengah menyiapkan kerja, aku akan terus buat sendiri. Lepas aku ditengking begitu, aku berkata pada diri sendiri, aku tak akan menawarkan apa-apa tenaga dan kudrat aku untuk menyenangkan dia. Kalau dia nak apa-apa, biar dia minta sendiri.
Malamnya, dia minta makanan yang aku masak sedikit. Aku dah lama tak masak untuk dia kerana takut membazir. Kebelakangan ini makanan yang aku masak tidak sedikitpun dijamah. Lepas tiga empat mangkuk casserole, ayam, daging dsbnya terbuang aku berhenti memasak untuk dia. Aku cuma masak untuk aku dan anak-anak. Tapi semalam dan malam sebelumnya dia minta sedikit apa yang aku masak.Pagi ini dia membebel lagi. Menuduh aku yang bukan-bukan. Dia kata dia membuat kesilapan besar bila memilih aku menjadi isteri dia sedangkan ada pilihan lain yang lebih baik dari aku. Setiap pagi dia cuba memburukkan permulaan hari aku dengan tuduhan melulu. Aku sebenarnya sudah terlalu tawar hati untuk meneruskan hidup aku dengan dia. Aku kata sudah dua tahun aku hidup dalam kebimbangan. I am sick of walking on eggshells all these years just to appease him. Dia tidak faham langsung akan perasaan takut aku terhadap dia. Aku kata selama aku takut dengan dia, selama itu aku tak akan bahagia hidup dengan dia. Kengkadang bila seharian dia tiada di rumah, aku rasa seronok sangat. Bila sudah sampai tahap ini, aku rasa lebih baik kami berpisah. Aku hanya membilang hari. Walaupun sebelum ini aku mengatakan kami perlu kaunseling untuk mengubah perangai dan tabiat kami, kengkadang aku rasa kaunseling tak akan membuahkan apa-apa. Dia tidak akan mengaku bersalah memukul aku. He still think I desrved to be beaten for what I did. He never think about what he did that drove me to this point. What an a$$!
Cuba Bertahan
Kami berdua kena pergi kaunseling. Memang pagi semalampun kami sudah berbincang tentang perlunya kami berkomunikasi melalui orang ketiga yang tidak berat sebelah. Aku sudah pergi satu sessi dengan kaunselor beberapa bulan lalu tanpa pengetahuan dia. Kelmarin lepas berjumpa dengan pegawai bahagian staffing kat ofis, diapun disarankan mendapat pertolongan kaunselor. Majikan dia sampai keluar surat rasmi paksa dia pergi kaunseling. JS tidak menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor untuk mengatasi masalah dia. Aku kata kaunseling bukan untuk mengatasi masalah. Cuma satu saluran untuk dia meluahkan perasaan dia. Supaya dia tahu apa yang patutnya dia lakukan bila rasa marah atau murung. Kehadiran orang ketiga dalam komunikasi kami aku rasa mungkin akan mengurangkan rasa cuak aku bila berhadapan dengannya. Aku kata kalau boleh aku nak elak perceraian. Mungkin kami perlu saranan kaunselor untuk mengubah perangai kami berdua. Aku kata lepas kaunseling aku dan dia perlu cuba memperbaiki quality perkahwinan kami. Lepas ni, kalau tidak berjaya juga, then kami patut bercerai. We should move on with our lives. Harapan aku, by then, urusan aku dengan pejabat agama selesai.
Perang Lagi
Kami berperang besar lagi semalam. Aku beritahu dia yang LS dan suami dia akan melibatkan majikan tempat kerja JS kerana menganggu mereka. Apa lagi mengamuk bagai singa laparlah si JS. Aku yang jadi habuan. Sakit sebelah muka dan badan aku dipukul. Dia kata inilah akibat kalau aku melibatkan orang lain dalam masalah kami. Aku kata orang lain tak terlibat, cuma aku dia dan sikap panas baran dia. Dia mengertak akan mengapa-apakan keluarga LS. Ya Allah, syaitan jenis apa yang bersarang di dalam hati dia sampai dia hilang semua pertimbangan sampai ke tahap ini? Kalau tidak kerana tangisan anak-anak di bilik sebelah bila terdengar suara JS menengking aku, harus aku dipukul separuh mati semalam. Seumur hidup aku, ibu bapa aku tak pernah memukul aku seperti JS memukul aku. Setahu aku, ibubapa aku tak pernah bergaduh meninggi suara seperti aku dan JS. Setahu aku, bapa tak pernah marah dengan ibuku. Menegur, ya. Marah? Ibu kata dia seingat dia, bapa tak pernah marah.
Dengan bengis dia mengherdik aku supaya mengemas barang-barang aku hujung minggu ini juga. Aku sudah tidak ada kuasa melawan. Aku cuma mahu lepas dari sini. Persetankan hutang aku di sini. Persetankan perasaan dia.
Aku menangis dalam talipon ketika bercakap dengan ibuku. Dia minta aku bersabar. Kalau boleh dia nak bercakap dengan JS. Minta JS jangan pukul aku lagi. Tapi dia tak tahu berbahasa inggeris. Dia hanya mampu menangis dan menyuruh aku bersabar. Ingat anak-anak. Demi aqidah anak-anak aku kena bersabar. Lebih baik sakit di dunia dari mendapat siksa Allah di akhirat kerana bertanggungjawab mengkufurkan anak-anak aku. Dia minta berkali-kali aku jangan melawan. Api jangan dilawan dengan api. Beberapa hari yang lepas aku ada menyuruh adik aku merujuk kepada Ustaz MA tentang kedudukan aku. Aku khuatir akan kedudukan perkahwinan kami di sisi syarak. Adakah kami masih sah sebagai suami isteri? Apa hukum aku tingal sebumbung denagn dia kalau aku rasa dia sudah murtad? Apa langkah yang aku patut ambil? Adik aku menceritakan dari A sampai ke Z tentang rumahtangga kami kepada Ustaz MA. Ustaz berpendapat dalam keadaan sebegini di mana aku khuatir akan keselamatan aku dan anak-anak, di mana aku takut anak-anak dilarikan oleh JS, dia kata aku diharuskan terus tinggal sebumbung. Dalam masa yang sama aku harus cuba menenangkan dia, cuba menarik dia balik ke lipatan islam, kalau boleh. Jika dia berdegil, aku perlu tunggu kes aku selesai di pejabat agama dan failkan perceraian dari malaysia. Apa-apapun aku mesti selamatkan anak-anak. IsyaAllah, tuhan akan buka jalan untuk aku dan anak-anak. Aku lega sedikit mendengar penjelasan ibu. Aku takut aku mendapat kutukan Allah kerana masih tinggal bersama.Pagi ini keadaan reda sedikit. Dia minta maaf. Tapi aku sudah tawar hati untuk menerima permohonan dia. Aku tanya kepada JS, apakah dia tidak nampak masalah rumahtangga kami bukan masalah ugama. Masalah rumahtangga kami berpunca dari sikap panas baran dan penyakit murungnya. Kalau tidak kerana hubungan aku dengan Penciptaku aku juga akan hilang akal berhadapan dengan masalah sebegini. Aku kata tiap kali dia mengajak aku tidur dengannya aku teringat masa-masa dia memukul aku. Aku jadi benci dengan dengan perangainya. Lalu aku manifestasikan kebencianku dengan langsung tak tidak mahu memperdulikan dia. Sebab itu sudah hampir setahun kami tidak bersama. Aku kata kalau boleh aku tak mahu mengambil anak-anak dari dia. Tapi kengkadang aku rasa aku tidak ada pilihan lain. Aku tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu. Sekejap dia kata dia sayang untuk berpisah dengan kakak. Sekejap dia mahu aku pergi dari sini. Sekejap dia risau kalau anak-anak membesar dengan penyakitnya. Akupun jadi bingung cuba mentelaah kehendaknya. Aku kata bila aku kenangkan balik siapa aku sebelum berkawhin dengan dia dan siapa aku sekarang, aku rasa malu sangat dengan diri sendiri. Macamana sampai aku boleh jadi begini? Di awal perkahwinan aku seorang yang periang. Aku ada keyakinan diri. Aku berani hidup sendiri mencari rezeki di negara asing. Sekarang ni aku rasa aku tiada keyakinan diri. Aku rasa lemah. Aku rasa rendah diri. Aku kata puncak malunya aku dengan diri sendiri ialah bila kami melawat mertua kami cuti musim panas tahun lepas. Aku bertungkus lumus buat itu buat ini, tak berhenti menukar lampin, menjaga anak-anak, memberi mereka dan dia makan. Kawan ibu mertuaku yang juga melawat mereka pada masa itu memerhatikan aku. Katanya, “You never stop, do you?” Sambil matanya melerek ke arah JS. Aku boleh baca di dalam pandangan matanya yang dia tahu aku takut dengan JS. Aku bagai menatang telur di hujung tanduk. Aku menangis semahunya lepas itu. Aku malu sangat dengan Kate. Kalau dia, yang hanya sekali itu berjumpa dengan aku boleh tahu, entah siap lagi yang tahu. Aku marah dengan diri sendiri kerana membiarkan aku masalah aku melarat sampai sejauh ini.
Lepas aku berhenti bercakap JS kata dia letakkan keputusan di tangan aku. Kalau aku rasa kami masih boleh diselamatkan, dia akan bekerjasama dengan aku. Dia kata aku perlu lebih berkomunikasi dengan dia. Aku kata bukan aku tak mahu berkomunikasi dengan dia tetapi kengkadang takut apa yang aku kata akan disalah ertikan oleh JS atau apa yang aku kata bukan sesuatu yang dia mahu dengar. Lalu dia melenting. Lalu kami bertengkar. Dia kata mungkin kami perlu orang ketiga yang boleh mendengar tanpa menyebelahi sesiapa. Aku mengiyakan. Dia perlu mencari kaedah terbaik mengatasi kemurungan dan kami perlu menghadiri kaunseling perkahwinan.Aku akan tunggu apa katanya petang nanti lepas urusan dia dengan bahagian staff tempat kerjanya selesai. Mungkin dia berubah lagi petang nanti. Aku harap tidak.
Masalah Yang Tak Sudah-Sudah
Syukur, Isnin datang lagi. Aku sudah letih di rumah. Selagi aku dan dia di rumah, kami tidak akan habis berbalah. Aku jaga di dalam tidur. Berbagai sinario bermain-main di ruang kepalaku. Aku letih memikirkan masalah ini. Syukur ada anak-anak. Adanya mereka membuatkan hari-hariku lebih cepat beredar. Cubaan berbincang kerap berakhir dengan dia menengking aku. Akhir-akhir ini dia seakan tidak mahu berpisah pulak. Dia minta aku katakan apa yang sanggup aku lakukan untuk menyelamatkan rumahtangga kami? Fikirannya juga masih berbolak-balik antara mahu bercerai atau tidak. Aku kata aku keliru. Apa yang perlu dibincangkan lagi? Apa yang nak diselamatkan lagi? Bukankah petisyen perceraian sudah di tangan pejabat penghakiman. Kami cuma perlu tunggu kes dibicarakan saja. Katanya kami belum bercerai sehingga hakim meluluskan perceraian kami. Kengkadang lepas berjumpa kedua pasangan hakim boleh menasihatkan agar kami tidak bercerai, hakim boleh memaksa dia menghadiri kaunseling dan berbagai lagi. Aku agak diawalnya dia merasakan aku tidak akan bersetuju dengan perceraian, lalu dia mengikut perasaan marahnya dan membuat petisyen perceraian. Alasan yang dia berikan kepada aku ialah lepas dua tiga hari aku tidak pulang ke rumah, menghilang diri dengan anak-anak, dia fikir sudah sampai masa dia menceraikan aku. Aku kata, aku tak faham kenapa dia harus marah. Malam sebelumnya dia suruh aku keluar rumah. Kalau dia risau sangat dengan ketiadaan aku dan anak-anak, mengapa dia tidak menalipon aku bertanya khabar. Dia tahu nombor handphone aku, dia tahu tempat kerja aku. Dia berfikiran yang aku takut diceraikan kerana ‘malu’ dan ‘tidak berani hidup sendiri’. Harapannya, dengan berbuat begini mungkin aku akan mengubah sikap aku terhadap dia. Sekarang petisyen itu sudah tiada ditangan kami, dan dia ada masa berfikir dan aku pula masih tetap dengan pendirianku. Dia risau akan tepaksa berpisah dengan anak-anak. Melihatkan aku tetap dengan pendirian, dia mengubah pendirian lagi. Dia menyuruh aku membeli tiket kapalterbang untuk balik ke tanahair dengan segera. Dia suruh aku mula berkemas untuk pulang. Aku kata aku tak boleh berbuat begitu sehingga masalah kami selesai di mahkamah. Aku tak mahu peluang ke tanahair sehingga kami mendapat divorce decree mengatakan aku mendapat hak penjagaan penuh anak-anak kami. Aku tidak mahu dituduh menghina mahkamah dengan berada di luar negeri bila aku diminta hadir di mahkamah. Aku tak mahu dimasukkan ke dalam kategori pengganas kerana melarikan anak-anak aku keluar dari sini. Anak-anak aku masih rakyat negara ini. Suatu hari nanti aku mungkin terpaksa kembali ke sini demi anak-anak kami. Jadi aku tidak mahu ada apa-apa rekod jenayah. Memang aku rasa bersalah kerana bertangungjawab memutuskan hubungan anak-anak dengan ayah mereka. Tapi dia juga perlu sedar tindakan melulunya menurut perasaaan akan ada risikonya.
Hari ini di pejabat lain pulak masalahnya. Aku diberitahu LS yang JS telah meningalkan mesej talipon amaran kepada dia kerana membenarkan aku tinggal di rumahnya. Suami LS terdengar mesej yang JS tinggalkan. Dia marah. Dia pulak meninggalkan mesej amaran di talipon JS. JS pulak seakan hilang semua pertimbangan. Mesej amaran terus berpanjangan. Pagi ini, LS memberitahu aku yang dia akan menyerahkan kes ini kepada majikan JS untuk mengendali. Aku pening sangat. How in heaven’s name do I get myself into these?
Ya Rabbi! Janganlah hambaMu diuji dengan ujian yang lebih besar dari yang sanggup hamba tanggung, kurniakan keampunan kepada hamba, kasihanilah hamba. Amin Ya Rabb Al-‘Alameen.