Misi Rahsia
I want to thank you those visitors who have offered kind words and prayers. Anasalwa, thank you. Back during the times when I was a student, I too, was a volunteer at homeless shelter, not as an advocate, just as a kitchen help. Watching those women held homeless by spousal abuse then, I never thought the same would happen to me. Back then I have a lot more self-confidence, I supposed. I am learning to prepare myself for another outburst. Dokumen perjalanan anak-anak dan dia punya juga ada dengan saya. Sijil beranak anak-anak, sijil kawin, sijil masuk islam my husband semua dah I hantar balik msia for safekeeping. Semua dokumen ni perlu ada di msia untuk urusan pengesahan perkahwinan dengan mahkamah syariah dan proses pertukaran kerakyatan anak-anak (kalau terpaksa menukar kerakyatan anak-anak demi keselamatan mereka, saya akan lakukan), anyway.
Salah satu perkara yang paling susah bila berhadapan dengan masalah begini ialah ketika cuba menempelak cara dia berfikir. Aku kena sentiasa selangkah di hadapan dia. Kena cuba outsmart dia sentiasa. Mujur juga dia sekarang berfikiran yang aku ni sudahlah perempuan, datang pulak dari negara dunia ketiga, dari negara mundur, tak reti berfikir, utterly clueless. Kadang-kadang aku biar sengaja biar dia berfikiran begitu. Supaya senang aku berurusan dengan ‘orang-orang’ aku. Ketika masalah ni baru bermula aku sudah tukar nombor cellphone. Yang ni aku kena bayar lebih sikit supaya aku boleh menalipon malaysia bila-bila yang aku suka. Dan mereka boleh menalipon bertanya perkembangan aku bila –bila saja juga. Baru-baru ni dia memberikan aku dua keping check bernilai $2500US. Mula-mula tu aku cuak juga nak terima, tapi sekarang ni, aku dah masukkan check-check tu ke dalam akaun aku. Passport anak-anak memang aku simpan. Yang paling aku takut sekarang ni ialah, kalau-kalau dia teringat yang aku ada menyimpan dokumen-dokumen perjalanan tu dan minta aku serahkan pada dia. Baru-baru ni dia ada menyebut tentang mahukan join custody anak-anak. Dan dia akan halang anak-anak aku dari berjumpa kaum kerabat aku. Itu yang paling aku takut. Kalau dia berjaya menyekat anak-anak aku keluar dari US. Ini lah antara sebab-sebab aku perlu cuba berlakun seperti tiada apa yang berlaku, seperti fikiran aku kosong, seperti aku tak punya apa-apa perancangan.
Dia sekarang tak mahu bercerai. Kalau bercerai, dia tahu yang semua harta sepencarian akan jatuh ke tangan aku (aku tak peduli sangat soal harta ni, selagi ada kudrat, harta boleh dicari), hak penjagaan anak-anak akan diberikan kepada aku, rumah kami juga akan jadi hak aku dan anak-anak. Dia tahu dia yang akan rugi jika kami bercerai. So, harapan dia aku juga tidak mahu bercerai. Aku pulak tidak mahu bercerai bukan kerana masih kasih dengan dia. Aku tidak mahu bercerai di sini kerana aku takut undang-undang sini akan memihak kepada dia bilamana lawatan anak-anak ke luar negara dipersoalkan. Macam cerita filem “Not Without My Children”. Aku juga khuatir kes aku ni nanti jadi macam kes raja baharin. Aku risau semangat aku tidak sekuat raja baharin untuk membawa lari anak–anak aku. Senjata aku sekarang ini ialah bersahaja. Di rumah aku bersoal jawab dengan dia seperti tiada apa yang berlaku. Aku masak, aku kemas rumah, aku jaga anak-anak macam biasa. Lepas guna talipon, aku selalu beringat dial nombor merapu seperti nombor perkhidmatan pelanggan kad kredit supaya bila dia tekan re-dial dan selidik siapa yang aku talipon, dia akan dapat nombor merapu. Lepas guna komputer aku kena delete history dan temp file supaya dia tak tahu di mana aku melayar. Dia tak tahu aku mengendalikan laman web pasal perceraian kami. Aku tak pernah pula update website ni dari komputer di rumah. Memang penat dan kadang-kadang keliru bila kita sentiasa kena selangkah di hadapan dia, tapi bila aku tenung wajah-wajah jernih anak-anak aku, aku sedar apa misi aku. Semua ini aku lakukan untuk mereka. Supaya kami dapat bersama di dunia dan akhirat.
Suria Yang Hilang
Dia demam teruk sekarang ni. Di masa-masa lepas, dalam keadaan dia sakit begini aku selalunya akan menjaga dia sebaik mungkin. Aku akan picit kepala, masak bubur, tukar cadar tanpa disuruh dan pastikan dia mengambil ubat bila cukup masa. Sekarang ni, entah. Keadaan sudah berubah. Aku simpati kepada dia kerana sakit tapi aku tak pula terasa nak memudahkan hidup dia. Setiap kali aku cuba berbuat sedikit kebaikan kepadanya aku bertanya kepada diri, “Untuk apa?” Lalu aku tak jadi berbuat apapun untuk dia. Kami sudah seperti dua orang asing yang sama-sama berkongsi rumah.
Hari Sabtu pagi dia membebel pasal rumput di halaman rumah yang perlu dibuang. Petang tu ketika membawa adik keluar bermain aku ikhtiar membersihkan bekas-bekas potongan rumput walaupun belakang aku masih sakit-sakit. Aku malas mendengar bebelannya. Aku ingat dia akan berterima kasih kerana aku memudahkan sedikit kerjanya. Tapi tidak. Sebaliknya aku ditengking kerana menentang cakap dia. Aku kata lain kali kalau dia tak nak aku melakukan sesuatu tugas jangan membebel sapal kerja tu di depan aku. Jangan berkias-kias pasal tugasan itu dan ini yang perlu disiapkan. Aku jenis yang cepat bertindak. Kalau orang lain berlengah-lengah menyiapkan kerja, aku akan terus buat sendiri. Lepas aku ditengking begitu, aku berkata pada diri sendiri, aku tak akan menawarkan apa-apa tenaga dan kudrat aku untuk menyenangkan dia. Kalau dia nak apa-apa, biar dia minta sendiri.
Malamnya, dia minta makanan yang aku masak sedikit. Aku dah lama tak masak untuk dia kerana takut membazir. Kebelakangan ini makanan yang aku masak tidak sedikitpun dijamah. Lepas tiga empat mangkuk casserole, ayam, daging dsbnya terbuang aku berhenti memasak untuk dia. Aku cuma masak untuk aku dan anak-anak. Tapi semalam dan malam sebelumnya dia minta sedikit apa yang aku masak.Pagi ini dia membebel lagi. Menuduh aku yang bukan-bukan. Dia kata dia membuat kesilapan besar bila memilih aku menjadi isteri dia sedangkan ada pilihan lain yang lebih baik dari aku. Setiap pagi dia cuba memburukkan permulaan hari aku dengan tuduhan melulu. Aku sebenarnya sudah terlalu tawar hati untuk meneruskan hidup aku dengan dia. Aku kata sudah dua tahun aku hidup dalam kebimbangan. I am sick of walking on eggshells all these years just to appease him. Dia tidak faham langsung akan perasaan takut aku terhadap dia. Aku kata selama aku takut dengan dia, selama itu aku tak akan bahagia hidup dengan dia. Kengkadang bila seharian dia tiada di rumah, aku rasa seronok sangat. Bila sudah sampai tahap ini, aku rasa lebih baik kami berpisah. Aku hanya membilang hari. Walaupun sebelum ini aku mengatakan kami perlu kaunseling untuk mengubah perangai dan tabiat kami, kengkadang aku rasa kaunseling tak akan membuahkan apa-apa. Dia tidak akan mengaku bersalah memukul aku. He still think I desrved to be beaten for what I did. He never think about what he did that drove me to this point. What an a$$!
Cuba Bertahan
Kami berdua kena pergi kaunseling. Memang pagi semalampun kami sudah berbincang tentang perlunya kami berkomunikasi melalui orang ketiga yang tidak berat sebelah. Aku sudah pergi satu sessi dengan kaunselor beberapa bulan lalu tanpa pengetahuan dia. Kelmarin lepas berjumpa dengan pegawai bahagian staffing kat ofis, diapun disarankan mendapat pertolongan kaunselor. Majikan dia sampai keluar surat rasmi paksa dia pergi kaunseling. JS tidak menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor untuk mengatasi masalah dia. Aku kata kaunseling bukan untuk mengatasi masalah. Cuma satu saluran untuk dia meluahkan perasaan dia. Supaya dia tahu apa yang patutnya dia lakukan bila rasa marah atau murung. Kehadiran orang ketiga dalam komunikasi kami aku rasa mungkin akan mengurangkan rasa cuak aku bila berhadapan dengannya. Aku kata kalau boleh aku nak elak perceraian. Mungkin kami perlu saranan kaunselor untuk mengubah perangai kami berdua. Aku kata lepas kaunseling aku dan dia perlu cuba memperbaiki quality perkahwinan kami. Lepas ni, kalau tidak berjaya juga, then kami patut bercerai. We should move on with our lives. Harapan aku, by then, urusan aku dengan pejabat agama selesai.
Perang Lagi
Kami berperang besar lagi semalam. Aku beritahu dia yang LS dan suami dia akan melibatkan majikan tempat kerja JS kerana menganggu mereka. Apa lagi mengamuk bagai singa laparlah si JS. Aku yang jadi habuan. Sakit sebelah muka dan badan aku dipukul. Dia kata inilah akibat kalau aku melibatkan orang lain dalam masalah kami. Aku kata orang lain tak terlibat, cuma aku dia dan sikap panas baran dia. Dia mengertak akan mengapa-apakan keluarga LS. Ya Allah, syaitan jenis apa yang bersarang di dalam hati dia sampai dia hilang semua pertimbangan sampai ke tahap ini? Kalau tidak kerana tangisan anak-anak di bilik sebelah bila terdengar suara JS menengking aku, harus aku dipukul separuh mati semalam. Seumur hidup aku, ibu bapa aku tak pernah memukul aku seperti JS memukul aku. Setahu aku, ibubapa aku tak pernah bergaduh meninggi suara seperti aku dan JS. Setahu aku, bapa tak pernah marah dengan ibuku. Menegur, ya. Marah? Ibu kata dia seingat dia, bapa tak pernah marah.
Dengan bengis dia mengherdik aku supaya mengemas barang-barang aku hujung minggu ini juga. Aku sudah tidak ada kuasa melawan. Aku cuma mahu lepas dari sini. Persetankan hutang aku di sini. Persetankan perasaan dia.
Aku menangis dalam talipon ketika bercakap dengan ibuku. Dia minta aku bersabar. Kalau boleh dia nak bercakap dengan JS. Minta JS jangan pukul aku lagi. Tapi dia tak tahu berbahasa inggeris. Dia hanya mampu menangis dan menyuruh aku bersabar. Ingat anak-anak. Demi aqidah anak-anak aku kena bersabar. Lebih baik sakit di dunia dari mendapat siksa Allah di akhirat kerana bertanggungjawab mengkufurkan anak-anak aku. Dia minta berkali-kali aku jangan melawan. Api jangan dilawan dengan api. Beberapa hari yang lepas aku ada menyuruh adik aku merujuk kepada Ustaz MA tentang kedudukan aku. Aku khuatir akan kedudukan perkahwinan kami di sisi syarak. Adakah kami masih sah sebagai suami isteri? Apa hukum aku tingal sebumbung denagn dia kalau aku rasa dia sudah murtad? Apa langkah yang aku patut ambil? Adik aku menceritakan dari A sampai ke Z tentang rumahtangga kami kepada Ustaz MA. Ustaz berpendapat dalam keadaan sebegini di mana aku khuatir akan keselamatan aku dan anak-anak, di mana aku takut anak-anak dilarikan oleh JS, dia kata aku diharuskan terus tinggal sebumbung. Dalam masa yang sama aku harus cuba menenangkan dia, cuba menarik dia balik ke lipatan islam, kalau boleh. Jika dia berdegil, aku perlu tunggu kes aku selesai di pejabat agama dan failkan perceraian dari malaysia. Apa-apapun aku mesti selamatkan anak-anak. IsyaAllah, tuhan akan buka jalan untuk aku dan anak-anak. Aku lega sedikit mendengar penjelasan ibu. Aku takut aku mendapat kutukan Allah kerana masih tinggal bersama.Pagi ini keadaan reda sedikit. Dia minta maaf. Tapi aku sudah tawar hati untuk menerima permohonan dia. Aku tanya kepada JS, apakah dia tidak nampak masalah rumahtangga kami bukan masalah ugama. Masalah rumahtangga kami berpunca dari sikap panas baran dan penyakit murungnya. Kalau tidak kerana hubungan aku dengan Penciptaku aku juga akan hilang akal berhadapan dengan masalah sebegini. Aku kata tiap kali dia mengajak aku tidur dengannya aku teringat masa-masa dia memukul aku. Aku jadi benci dengan dengan perangainya. Lalu aku manifestasikan kebencianku dengan langsung tak tidak mahu memperdulikan dia. Sebab itu sudah hampir setahun kami tidak bersama. Aku kata kalau boleh aku tak mahu mengambil anak-anak dari dia. Tapi kengkadang aku rasa aku tidak ada pilihan lain. Aku tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia mahu. Sekejap dia kata dia sayang untuk berpisah dengan kakak. Sekejap dia mahu aku pergi dari sini. Sekejap dia risau kalau anak-anak membesar dengan penyakitnya. Akupun jadi bingung cuba mentelaah kehendaknya. Aku kata bila aku kenangkan balik siapa aku sebelum berkawhin dengan dia dan siapa aku sekarang, aku rasa malu sangat dengan diri sendiri. Macamana sampai aku boleh jadi begini? Di awal perkahwinan aku seorang yang periang. Aku ada keyakinan diri. Aku berani hidup sendiri mencari rezeki di negara asing. Sekarang ni aku rasa aku tiada keyakinan diri. Aku rasa lemah. Aku rasa rendah diri. Aku kata puncak malunya aku dengan diri sendiri ialah bila kami melawat mertua kami cuti musim panas tahun lepas. Aku bertungkus lumus buat itu buat ini, tak berhenti menukar lampin, menjaga anak-anak, memberi mereka dan dia makan. Kawan ibu mertuaku yang juga melawat mereka pada masa itu memerhatikan aku. Katanya, “You never stop, do you?” Sambil matanya melerek ke arah JS. Aku boleh baca di dalam pandangan matanya yang dia tahu aku takut dengan JS. Aku bagai menatang telur di hujung tanduk. Aku menangis semahunya lepas itu. Aku malu sangat dengan Kate. Kalau dia, yang hanya sekali itu berjumpa dengan aku boleh tahu, entah siap lagi yang tahu. Aku marah dengan diri sendiri kerana membiarkan aku masalah aku melarat sampai sejauh ini.
Lepas aku berhenti bercakap JS kata dia letakkan keputusan di tangan aku. Kalau aku rasa kami masih boleh diselamatkan, dia akan bekerjasama dengan aku. Dia kata aku perlu lebih berkomunikasi dengan dia. Aku kata bukan aku tak mahu berkomunikasi dengan dia tetapi kengkadang takut apa yang aku kata akan disalah ertikan oleh JS atau apa yang aku kata bukan sesuatu yang dia mahu dengar. Lalu dia melenting. Lalu kami bertengkar. Dia kata mungkin kami perlu orang ketiga yang boleh mendengar tanpa menyebelahi sesiapa. Aku mengiyakan. Dia perlu mencari kaedah terbaik mengatasi kemurungan dan kami perlu menghadiri kaunseling perkahwinan.Aku akan tunggu apa katanya petang nanti lepas urusan dia dengan bahagian staff tempat kerjanya selesai. Mungkin dia berubah lagi petang nanti. Aku harap tidak.
Masalah Yang Tak Sudah-Sudah
Syukur, Isnin datang lagi. Aku sudah letih di rumah. Selagi aku dan dia di rumah, kami tidak akan habis berbalah. Aku jaga di dalam tidur. Berbagai sinario bermain-main di ruang kepalaku. Aku letih memikirkan masalah ini. Syukur ada anak-anak. Adanya mereka membuatkan hari-hariku lebih cepat beredar. Cubaan berbincang kerap berakhir dengan dia menengking aku. Akhir-akhir ini dia seakan tidak mahu berpisah pulak. Dia minta aku katakan apa yang sanggup aku lakukan untuk menyelamatkan rumahtangga kami? Fikirannya juga masih berbolak-balik antara mahu bercerai atau tidak. Aku kata aku keliru. Apa yang perlu dibincangkan lagi? Apa yang nak diselamatkan lagi? Bukankah petisyen perceraian sudah di tangan pejabat penghakiman. Kami cuma perlu tunggu kes dibicarakan saja. Katanya kami belum bercerai sehingga hakim meluluskan perceraian kami. Kengkadang lepas berjumpa kedua pasangan hakim boleh menasihatkan agar kami tidak bercerai, hakim boleh memaksa dia menghadiri kaunseling dan berbagai lagi. Aku agak diawalnya dia merasakan aku tidak akan bersetuju dengan perceraian, lalu dia mengikut perasaan marahnya dan membuat petisyen perceraian. Alasan yang dia berikan kepada aku ialah lepas dua tiga hari aku tidak pulang ke rumah, menghilang diri dengan anak-anak, dia fikir sudah sampai masa dia menceraikan aku. Aku kata, aku tak faham kenapa dia harus marah. Malam sebelumnya dia suruh aku keluar rumah. Kalau dia risau sangat dengan ketiadaan aku dan anak-anak, mengapa dia tidak menalipon aku bertanya khabar. Dia tahu nombor handphone aku, dia tahu tempat kerja aku. Dia berfikiran yang aku takut diceraikan kerana ‘malu’ dan ‘tidak berani hidup sendiri’. Harapannya, dengan berbuat begini mungkin aku akan mengubah sikap aku terhadap dia. Sekarang petisyen itu sudah tiada ditangan kami, dan dia ada masa berfikir dan aku pula masih tetap dengan pendirianku. Dia risau akan tepaksa berpisah dengan anak-anak. Melihatkan aku tetap dengan pendirian, dia mengubah pendirian lagi. Dia menyuruh aku membeli tiket kapalterbang untuk balik ke tanahair dengan segera. Dia suruh aku mula berkemas untuk pulang. Aku kata aku tak boleh berbuat begitu sehingga masalah kami selesai di mahkamah. Aku tak mahu peluang ke tanahair sehingga kami mendapat divorce decree mengatakan aku mendapat hak penjagaan penuh anak-anak kami. Aku tidak mahu dituduh menghina mahkamah dengan berada di luar negeri bila aku diminta hadir di mahkamah. Aku tak mahu dimasukkan ke dalam kategori pengganas kerana melarikan anak-anak aku keluar dari sini. Anak-anak aku masih rakyat negara ini. Suatu hari nanti aku mungkin terpaksa kembali ke sini demi anak-anak kami. Jadi aku tidak mahu ada apa-apa rekod jenayah. Memang aku rasa bersalah kerana bertangungjawab memutuskan hubungan anak-anak dengan ayah mereka. Tapi dia juga perlu sedar tindakan melulunya menurut perasaaan akan ada risikonya.
Hari ini di pejabat lain pulak masalahnya. Aku diberitahu LS yang JS telah meningalkan mesej talipon amaran kepada dia kerana membenarkan aku tinggal di rumahnya. Suami LS terdengar mesej yang JS tinggalkan. Dia marah. Dia pulak meninggalkan mesej amaran di talipon JS. JS pulak seakan hilang semua pertimbangan. Mesej amaran terus berpanjangan. Pagi ini, LS memberitahu aku yang dia akan menyerahkan kes ini kepada majikan JS untuk mengendali. Aku pening sangat. How in heaven’s name do I get myself into these?
Ya Rabbi! Janganlah hambaMu diuji dengan ujian yang lebih besar dari yang sanggup hamba tanggung, kurniakan keampunan kepada hamba, kasihanilah hamba. Amin Ya Rabb Al-‘Alameen.
Buntu
I feel like an absolute jerk for taking the kids away from their father. Despite his imperfections he is the father of my children and does give his best to be a responsible father to kakak dan adik. Aku buntu dan keliru. Aku jangka aku akan cukup bersedia menghadapi saat kematian perkahwian yang aku sangka akan kekal sampai ke ajal. Sudah agak lama aku tidak menangis, dalam fikiranku aku berkira sudah boleh menerima segala yang akan datang.
Masa makan tengahari semalam aku ke bank menguruskan hal pinjaman rumah kami. Aku tanyakan apa langkah yang harus diambil untuk menarikbalik nama aku dari kontrak pinjaman rumah. Orang bank tu kata buat masa ni aku tak boleh berbuat begitu. Perlu tunggu keputusan muktamat dari hakim yang menceraikan kami. Bank perlu tahu berapa jumlah yang JS perlu bayar kepada anak-anak dan sebagainya sebelum aku boleh menukar nama sepenuh kepada dia. Dan dia kena membuat permohonan meminjam semula. Aku kata aku mungkin akan pulang ke tanah air selepas bercerai, bagaimana nanti kalau rumah kami perlu dijual? Dia kata aku boleh keluarkan nama aku dari title rumah kami. Tapi dia nasihatkan aku jangan berbuat begitu. Takut aku nanti hilang hak langsung. Aku beritahu dia yang aku sememangnya tak mahu rumah tu.
Jadi semalam aku ceritakan dengan JS apa yang pegawai bank tu kata. Dia kata kami akan kehilangan rumah ni. Kalau bank hanya mengambilkira jumlah gajinya sahaja ketika meminjam semula, dia takkan mampu membuat bayaran bulanan. Aku sebenarnya sayang dengan rumah ni. Sudah lama kami di sini. Aku suka dengan kawasan yang kami duduk ni. Tidak terlalu ramai orang, tidak terlalu jauh dari tempat kerja dan dekat dengan tempat membeli-belah. Sekolahpun antara yang terbaik di sini. Semasa rumah ini dibeli, kami merancang menjadikan ianya sebagai nesting egg kami di hari tua nanti. Bila pencen kami akan jual rumah ni untuk tinggal di rumah yang lebih kecil dan mudah untuk dijaga. Manusia hanya merancang…Walaupun aku ingin berpisah aku tidak pulak sampai hati meninggalkan dia dalam keadaan terumbang-ambing lepas ketiadaan aku. Aku cuba pujuk dia untuk mendapatkan kaunseling. Makan ubat anti murung. Out of desperation, aku ajak dia jumpa imam, jumpa pastor, jumpa rabbi sesiapa saja yang aku rasa boleh menenagkan dia. Semuanya ditolak. Dia kata penyakit dia tak ada ubat. Dia sudah hilang harapan untuk sembuh. Untuk hidup. Dia takut selagi dia bersama aku, anak-anak kami membesar dalam suasana yang tidak sihat. Kalau boleh dia ingin mati secepat mungkin tapi apakan daya dia tiada kekuatan untuk mencabut nyawanya sendiri. “It’s better for the kids to be raised by a stable single parent than by two parents, one of whom is very emotionally unstable.” Itu kata–kata dia semalam. Kalau boleh dia ingin nama keluarganya dengan segala penyakit mental mereka berakhir dengan dia (ahli-ahli keluarganya yang lain juga berpenyakit yang sama). Di awal perkahwinan kami dia tidak mahukan anak. Dia pasti penyakitnya akan diwarisi oleh anak-anak kami. Tapi bila lihat aku sunyi di sini tanpa keluarga, dia jadi kasihan dan kami menambah ahli keluarga. Dia sayang dengan anak-anak kami tapi dia juga takut perangai buruk dan kemurungannya meninggalkan kesan emosi kepada anak-anak kami. Sebab itu katanya kalau aku kembali ke tanahair, supaya jangan beritahu langsung pasal dia kepada anak-anak. Anggap dia sudah mati. Bagaimana mungkin? Aku risau. Aku mahu berpisah tapi bukan begini. Lima belas tahun aku kenal dia. Tiga belas tahun dia menjaga aku dengan baik. Sedikit sebanyak kesetiaanku masih ada padanya.
Ya Allah. Ya Rahman. Ya Raheem. Hamba pohon dengan kekuasaanMu dan dengan rahmatMu, mudahkan hal ini bagi hamba, bagi anak-anak hamba dan bagi dia. Dia masih belum menyedarinya Ya Allah. Tapi dia memerlu Engkau dalam hidupnya, Ya Allah. Tunjukkan dia jalan kepadaMu, Ya Allah. Bisikkan di hatinya kalimahMu, Ya Allah. Ya Rahman. Ya Raheem.
Beginning of an End
Semalam pulang dari kerja aku nampak dia tenang sedikit. Rengetan anak-anakpun dilayan elok. Dengan aku dia bercakap dengan nada biasa. Dia suruh aku bagi anak-anak makan, tukar bagi pakai baju tidur dan tenangkan mereka dalam bilik masing-masing. Kami perlu berbincang. Lepas dah siapkan anak-anak akupun bersiap untuk berbincang. Rupanya JS sudahpun taipkan sebahagian dari petisyen untuk bercerai. Dia menyuruh aku habiskan menaip petisyen tu.
I was petrified. But just did not have the will to fight. Aku sudahkan menaip surat tu like an automaton. My fingers moved but I did not know what I was typing.
Lepas habis buat petisyen, dia tanya aku apa yang aku nak. Dia sanggup berikan aku hak penjagaan penuh anak-anak dengan syarat aku tinggalkan negara ini secepat mungkin. Kalau aku nak separuh bahagian rumah kami, juga dia boleh berikan. Dan tanah kami di msia juga diberikan kepada aku. Aku katakan aku tak mahu rumah. Aku tak mahu tanah. Aku tak mahu apa-apa selain dari anak-anak. Dan sedikit masa sebelum aku meninggalkan US. Ada hutang-piutang yang aku perlu langsaikan sebelum pulang ke tanahair.
Lepas segala syarat dipersetujui kami duduk saja di situ. Diam. Eventually he said,
“You must be happy that we are getting a divorce!”
Masa tu airmata aku macam tak boleh dibendung lagi. Aku rasa aku sudah bersedia untuk bercerai tapi hakikatnya bila ianya betul-betul berlaku, part of you just dies inside. Again and again.
Aku kata, “Right now JS, I am more sad than happy. I’ve spent a good 15 years with you…”
“Fifteen years?”
“Six of those years married to you. We were happy initially. But now it has come come to this. There is too much finality in divorce. I wish we could just separate for a while. Spend some time apart to improve ourselves.”
Aku sendiri tak faham kenapa aku bersedih. Dari semalam sampai pagi ni aku menangis bila memikirkan hal perceraian kami. I think, in my heart of hearts I still care about this man. And despite all his rantings, he feels the same way about me. Ketika ini aku paling risau dengan kesihatan mental JS. Semalam dia ada bercakap tentang mati. Katanya, kalau dia mati minggu depan, aku dan anak-anak boleh terus tinggal di sini. Bakal bekas suami ku kerap mengalami tekanan jiwa. Kengkadang dia tenggelam dalam kemurungan sampai berminggu. Kerap bercakap tentang mati. Aku risau perceraian kami menjadi the last straw that will break the camel’s back. Semalam aku cuba menjadi kawannya. Aku ajak dia bercakap. Aku cuba tenangkan dia. Aku takut kalau-kalau dia mengambil tindakan drastik mengambil nyawanya sendiri. Aku mengantuk dan letih teramat. Tapi aku layan dia bercakap selama yang boleh. Semalam masih ada sedikit keraguan di dalam hatinya samada kami harus bercerai atau tidak, pagi ini dia masuk ke bilik ku untuk memberitahu yang hari ini dia akan ke pejabat daerah untuk failkan perceraian kami. Dia minta aku uruskan hal pinjaman rumah kami dengan bank. Aku cuma mampu akur dengan perintahnya. Aku mahu jauh darinya tapi aku juga sedih akan meninggalkan dia. Lima belas tahun kami sama-sama menangis dan ketawa sebagai kawan baik dan lepas itu sebagai suami-isteri. Hari ini akan bermula akhirnya perkawinankami. I grief for him and for us. I don’t hate him. I don’t want to destroy his life. I want him to move on. He must be feeling really bad about himself to willingly let go of our children to me. He said no court will give him custody of the children, he is too hotheaded to take care of them, he is crippled with backpain, his parents doesn’t care, my family he feels doesn’t accept him, he feels alone. In the past whenever he feels like this is when I would take him in my arms and massage his pain temporarily away and tell hime this will pass. He will get through it. Now, I feel I don’t have anything to give anymore. That is what is so sad about it. I give so much that I feel like I have nothing to give anymore.
Pilihan Yang Bukan Pilihan
Dalam kereta balik dari kerja aku kena tampar lagi. Sampai berdarah bibir. Dia mengamuk sebab lama tunggu aku kat luar. Transponder aku kat dalam kereta tu habis dilontar ke luar tingkap. Melayang $50. Macam-macam hamburan sumpah-seranah keluar dari mulut dia. Aku tetap membatu. Dalam hati aku baca ayat-ayat kursi dan ayat pelindung yang aku ingat. Sampai di rumah babysitter aku keluar untuk mengambil anak-anak. Kami keluar dari rumah babysitte, JS sudah tak ada. Aku dan anak-anak ditinggalkan di rumah babysitter begitu sahaja. Aku ceritakan dengan NA tentang ribut yang sedang melanda rumahtanggaku. Dia risau akan keselamatan aku dan anak-anak. Tidak lama lepas tu JS datang balik. Horn kereta ditekan berkali-kali menyuruh aku dan anak-anak cepat.
Kereta aku dipandu dengan lasak. Tali keledar yang aku pakai ditanggalkan. Dia berharap tanpa tali keledar, aku akan terhumban ke cermin kereta bila dia membrek dengan tiba-tiba. Banyak kali dia cuba mencederakan aku begitu. Di rumah, anak ku yang sulung diajar memanggil aku dengan perkataan, “*undal!” dan “*elacur!” Ini cubaan Allah untuk aku. Besar dugaan ini aku pasti kerana Allah Maha Mengetahui aku masih boleh bertahan dengan dugaan ini. InsyaAllah, dia akan mudahkan hari-hari depan ku dan anak-anakku.
Sampai di rumah dia mengertak, mengherdik, menghentam aku lagi. Aku dipaksa memberitahu dia di mana aku bermalam seminggu lepas. Aku beritahu yang aku menumpang di rumah LS. Dia minta nombor talipon LS. Kawan sekerja dan suaminya pula jadi mangsa.Kami cuba berbincang berkenaan perceraian. Aku sebenarnya mahu bercerai semalam juga. Bagi aku, hubungan kami sebagai suami isteri sudah putus bila dia menghina ugama islam. Bila dia mengatakan, dia benci mengaku islam. Dia tidak suka aku mengajar anak-anak ku mengucap, dan adap-adap islam. Na’uzubillah. Sejak itu, aku sudah tidak lagi tidur bersamanya. Bagi aku, dia bukan lagi suamiku yang sah di sisi syarak. Tapi aku terpaksa terus tinggal sebumbung demi keselamatan anak-anak. Perkahwinanku masih dalam proses pengesahan di mahkamah syariah malaysia. Aku perlu tunggu sehingga hal ini selesai supaya aku boleh failkan perintah cerai dari malaysia. Aku perlu pastikan dia tiada hak langsung untuk menjaga anak-anak. Dia sudah murtad.
Pagi ini aku menalipon adikku. Aku cerita segala apa yang berlaku. Dia risau. Katanya, kaum keluarga di sini tak putus-putus berdoa untuk keselamatan aku dan anak-anak. Mereka faham akan situasi aku. Mereka sependapat, aku harus terus bertahan sehingga urusanku dengan pejabat agama selesai. Mereka juga takut aku akan kehilangan anak-anakku dalam proses undang-undang keluarga di sini. Aku juga takut kehilangan mereka. Semalam JS meminta kata putus dari aku. Mahu bercerai atau tidak. Jika kami bercerai dia akan mengfailkan hak jagaan anak-anak. Kalau dia tak dapat hak sepenuhnya, dia akan cubaan dapatkan hak separuh penjagaan. Dia boleh minta mahkamah melarang aku membawa keluar anak-anakku dari negara ini sehingga mereka dewasa. Kalau tidak mahu bercerai aku tidak boleh lagi mengajak dia melakukan solat, puasa dsbnya. Aku tidak boleh melarang dia menonggak arak. Keduanya bukan pilihan yang aku redha. Tapi aku terpaksa memilih. Jadi, bila di tanya lagi keputusan ku malam ini atau bila-bila aku akan katakan padanya, aku tidak mahu bercerai. Aku akan terus mengaku isterinya buat masa ini. Bila urusan dengan pejabat agama selesai dan semua pintu untuk aku lepas bebas dari sini terbuka luas, aku tidak akan menunggu walau sehari. Mudahkan, Ya Allah. Mudahkan.
Pening
Siapa sangka? Lelaki yang lamarannya aku terima dengan harapan dia menjadi pelindung aku dan anak-anak dari dari penganiayaan kini menjadi lelaki yang meremuk-redamkan hati aku, mencalarkan garis luka di hati anak-anak kami?
Hujung minggu yang kusam. Aku gundah tapi tenang. Tiap kali solat aku tak lupa berdoa supaya Allah tunjukkan aku jalan keluar yang terbaik. Supaya Dia menjadikan aku seorang hamba yang redha dengan segala ketentuannya. Aku sudah boleh menerima akan hakikat bahawa perkahwinanku akan berakhir sedikit masa lagi. Aku sudah tidak berupaya untuk menitiskan airmata walaupun dipaksa. Selama aku tidak pulang ke rumah dia memikirkan aku menumpang di rumah ‘teman lelaki’. Aku sudah serik berkongsi hidup dengan lelaki. Untuk aku mengambil teman lelaki selepas pengalaman ngeri aku dengan JS, tak mungkin! Aku diminta keluar dari rumah. Dia memberikan aku tempuh setahun. Aku memberikan diri sendiri tempuh dua bulan. Aku cuma mengangguk bila ditanya “Setuju?” Aku boleh mengambil kedua-dua anak kami asalkan dia tiada langsung dalam hidup mereka. Aku boleh hidup tanpa dia. Aku boleh membesarkan anak-anak aku walaupun tanpa pertolongan dia. Selama inipun, aku rasa hidup aku tak ubah seperti ibu tunggal. Masa untuk aku melawan sudah berakhir. Sekarang ni aku cuma mahukan jalan keluar yang mudah untuk aku dan anak-anak demi aqidah anak-anak aku. Aku sudah membuat pilihan. Demi menyelamat aqidah 3 insan, aku perlu korbankan dia. Aku sudah tidak boleh mengubah pendirian dia, cara hidup dia. Tapi aku masih punya peluang menyelamatkan anak-anak aku dari kekufuran. Itu tanggungjawabku sebagai ibu.
Semalaman aku tidak tidur. Aku cuba mengatur masa depanku dengan anak-anak. Aku bayangkan hari-hari lepas dari kerja bermain dengan mereka. Aku bayangkan kami bertiga sentiasa bersama. Aku bayangkan wajah riang anak-anakku di samping maktok dan sedara-sedaraku yang lain. Orang-orang yang terlalu kasihkan anak-anak aku. Aku bayangkan, kepulanganku ke tanah air meninggalkan seribu pengalaman pahit di rantau. Aku bahagia seketika.
Pagi ini ceritanya lain pulak. Dia menggertak untuk mendapatkan hak jagaan anak-anak. Aku tidak menunjukkan sebarang reaksi. Di dalam hati cuma Allah yang tahu betapa paniknya aku. Ya Allah, berikan hambamu sedikit lagi kesabaran dan mudahkan, Ya Allah, mudahkan.
E-Mail Between Friends
Hi jc.
Yes, I did received the chocs & things. Thank you. You shouldn’t have gone through the trouble. I much rather see you guys instead. Anyway, things are borderline crappy over on my side of the world. I am about ready to call it quits. But I will give another year, another shot. I want to leave but always am doubting about the sensibility of leaving at this time. I worry about him more than myself, actually. I know I have the support from my family and friends who know me well enough to be able to start over on my own. I am not sure how this will affect him though.
How’s the meeting with the counselor going? Is it working for you? I am tempted to get counseling for us to but I don’t think he will go for it. I’ve been to see a counselor once a few months ago. On my part, I don’t think it helped me tremendously. I think it would have helped more if both of us come in. So, I’m just hanging in there till the time is right to leave. Hope things will work out for you and yours.
-----Original Message-----
From: jc [mailto:xxxx@yahoo.com]
Sent: Thursday, March 10, 2005 6:48 PM
To: Me
Subject:
Assalamualaikum,
Did you receive the chocolates I sent you? I just wondered.
How are you? D is coming here tomorrow (xxxxxx). I have been here since Jan 24. Time flies. We are InysaAllah seeing a Muslim Counselor next weekend. I have gone to him twice so far. There is a hugh spread out community of muslims out here.
Well, I wanted to keep and touch and see how's things.
Take care,
love,jc
+++++++++++++
-----Original Message-----
From: My Friend L
Sent: Friday, March 11, 2005 10:37 AM
To: Me
Subject: RE: Are you well today?
Home I was supposed to be there for a meeting with D, but didn't see the point to drive 45 min each way just to nod my head. Ash is not feeling well and did not go to school.
You are responsible for your own happiness and in part for your children's. If you are not happy they are not happy. Do what XXXX wants. You cannot stay with him because you feel sad thinking of him without you. He obviously isn't thinking about you when he's so nasty. And the fact that he cannot at least give any indication of being relieved/or sorry now that you are back means that he's just plain cruel.
-----Original Message-----
From: Me
Sent: Friday, March 11, 2005 10:30 AM
To: My Friend L
Subject: RE: Are you well today?
Don’t bet on it. He was not as nasty. It’s weird. I am almost hoping that he will be nasty so that I can leave without the guilt (of not wanting to try to make things work out between us). You working onsite today or at home?
-----Original Message-----
From: My Friend L
Sent: Friday, March 11, 2005 10:22 AM
To: Me
Subject: Are you well today?
Was he kind?
Jurang Pemisah
Jari manisku sudah hampir setahun tidak dihiasi cincin belah rotan tanda penyatuan hati kami dalam alam rumahtangga. Setelah sekian lama tidak memakainya, aku kini sudah menjadi terlalu selesa dengan ketiadaan logam kuning itu di jariku. Terasa semacam aku sedikit lepas dari belenggu.
Namun hati masih ragu. Masih adakah peluang untuk kami kembali bersatu?
Ambivalence
It's been a week that I've been away from home. Sejak dari Jumaat lagi aku tidak pulang ke rumah. Kawan sekerja menumpangkan aku di rumahnya. Dia faham benar akan masalah yang sedang melanda rumahtanggaku. Kalau aku mahu aku boleh tinggal dengan dia seberapa lama yang aku mahu.
Kesian anak-anak aku. Sepanjang minggu hidup mereka terumbang-ambing. Keduanya demam dan batuk. Sesekali bila memikirkan nasib anak-anak aku rasa nekad untuk memboloskan diri dari belenggu rumahtanggaku. Tapi ada seperkara dua yang belum selesai. Aku perlu pastikan kedua urusan ini selesai sebelum aku mengatur langkah keluar dari sini.
Kuatkah aku untuk menunggu?